Akta Mahkamah Rendah 1948 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Mahkamah Sesyen
69. Kecualian bagi bidang kuasa
Feedback & supportMahkamah Sesyen tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa dalam tindakan, guaman atau prosiding daripada jenis sivil—
yang berhubungan dengan harta tak alih kecuali yang diperuntukkan dalam seksyen 70 dan 71;
bagi pelaksanaan spesifik atau pembatalan kontrak;
bagi injunksi;
bagi pengkenselan atau pembetulan surat cara;
untuk menguatkuasakan amanah;
bagi akaun;
bagi dekri perisytiharan kecuali dalam prosiding interplider di bawah seksyen 73;
bagi pengeluaran atau pembatalan pemberian perwakilan harta pusaka orang yang mati atau pentadbiran atau pembahagian harta pusaka itu;
yang dalamnya kesahtarafan mana-mana orang dipersoalkan;
*(j) yang dalamnya penjagaan atau jagaan budak dipersoalkan;
dan
kecuali sebagaimana yang diperuntukkan secara khusus dalam mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa, yang dalamnya kesahan atau pembubaran mana-mana perkahwinan dipersoalkan.