Akta Mahkamah Rendah 1948 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Mahkamah Sesyen
70. Mendapatkan kembali harta tak alih
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (4), Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa tindakan atau guaman bagi mendapatkan
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
16
Undang-Undang Malaysia kembali harta tak alih, dan dengan itu mengeluarkan perintah kepada pegawai Mahkamah yang sewajarnya supaya plaintif memiliki harta itu.
Dalam mana-mana tindakan atau guaman itu, boleh ditambahkan suatu tuntutan bagi sewa atau hasil perantaraan dan bagi ganti rugi yang berbangkit kepada plaintif oleh sebab defendan menangguhkan atau menentang haknya untuk memiliki atau memasuki semula, dan bagi ganti rugi kerana pelanggaran apa-apa waad, syarat atau perjanjian berhubung dengan premis itu.
(Dipotong oleh Akta A887).
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 71, bidang kuasa yang disebut terdahulu tidak boleh dijalankan dalam apa-apa kes jika, pada pendapat Mahkamah, suatu soal bona fide mengenai hakmilik terlibat dan, tertakluk kepada seksyen itu, mendapatkan kembali pemilikan apa-apa harta tak alih di bawah seksyen ini tidak menjadi halangan kepada permulaan sesuatu tindakan, guaman atau prosiding daripada jenis sivil di
Mahkamah Tinggi bagi membicarakan hakmilik bagi harta tak alih itu.
Bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai hakmilik bagi harta tak alih dengan persetujuan pihak-pihak