Skip to content

Seksyen 135

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 135 of 248

Seksyen 135

(1)

Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang menghendaki mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan, selain pembayaran wang, hendaklah menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, dan jika masa tidak dinyatakan sedemikian, perbuatan itu hendaklah dilakukan dalam masa tujuh hari dari tarikh penghakiman atau perintah itu.

70

Undang-Undang Malaysia

(2)

Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu hadir sendiri atau diwakili oleh Peguam Syarienya semasa penghakiman atau perintah diberikan atau dibuat, maka salinan penghakiman atau perintah itu tidaklah perlu disampaikan kepadanya.

(3)

Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu tidak hadir sendiri atau tidak diwakili, tiada prosiding untuk penangkapan atau pengkomitannya boleh diambil melainkan jika suatu salinan penghakiman atau perintah itu yang diendorskan dengan notis dalam

Borang MS 28 telah disampaikan kepadanya.