Skip to content

Seksyen 130

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 130 of 248

Seksyen 130

(1)

Tiap-tiap Hakim perbicaraan hendaklah menyampaikan penghakiman bertulis.

68

Undang-Undang Malaysia

(2)

Kecuali dalam hal prosiding di dalam Kamar, Hakim perbicaraan hendaklah, tertakluk pada subseksyen (3), mengumumkan penghakimannya di dalam Mahkamah terbuka.

(3)

Apabila seorang Hakim yang telah membicarakan mana-mana prosiding tidak dapat kerana apa-apa sebab mengumumkan penghakiman, penghakiman yang ditulis olehnya bolehlah dibacakan di dalam Mahkamah terbuka oleh mana-mana Hakim lain atau oleh

Pendaftar.

(4)

Semua penghakiman yang diumumkan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod kes.