Skip to content

Seksyen 80

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 80 of 248

Seksyen 80

(1)

Tertakluk pada Bahagian ini, Mahkamah boleh, pada mana-mana peringkat prosiding, membenarkan plaintif meminda samannya, atau mana-mana pihak meminda plidingnya, atas apa-apa terma tentang kos atau selainnya sebagaimana yang adil dan mengikut apa-apa cara, jika ada, yang diarahkannya.

(2)

Jika suatu permohonan kepada Mahkamah untuk mendapatkan kebenaran membuat pindaan yang disebut dalam subseksyen (1) dibuat selepas habis tempoh apa-apa tempoh had masa yang relevan yang berkuat kuasa pada tarikh pengeluaran saman itu, Mahkamah boleh,

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

51

jika difikirkannya adil, memberikan kebenaran itu atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.

(3)

Tertakluk pada subseksyen (2), mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding boleh meminda plidingnya tanpa perintah Mahkamah pada bila-bila masa sebelum penyampaian kepada pihak yang satu lagi.