Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian XI · Penzahiran

85. Penzahiran dokumen dan fakta

Feedback & support
(1)

Mahkamah boleh, jika perlu dan atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, memerintahkan mana-mana pihak—

(a)

menyatakan dengan bersumpah, secara lisan atau dengan afidavit apakah dokumen yang ada atau pernah ada dalam milikannya atau kuasanya berhubungan dengan perkara yang berkenaan, atau sama ada dia ada atau pernah ada dalam milikannya atau kuasanya apa-apa dokumen atau jenis dokumen tertentu dan, dalam mana-mana hal itu, tempat tersimpannya mana-mana dokumen yang dahulunya berada dalam milikannya atau kuasanya, tetapi sekarang tidak lagi berada dalam milikannya atau kuasanya; atau

(b)

mengemukakan apa-apa dokumen yang berada dalam milikannya atau kuasanya.

(2)

Jika pihak itu ialah suatu badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, seorang pegawai badan itu boleh diperintahkan supaya mematuhi perintah atau arahan Mahkamah berkenaan dengan penzahiran apa-apa dokumen.

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(3)

Mahkamah boleh menggantung prosiding itu sementara menanti pematuhan perintah atau arahan Mahkamah di bawah seksyen ini.

Report

Bahagian XII

Pemindahan Prosiding

Bahagian XIII

Penyelesaian, Penarikan Balik dan Pemberhentian

Bahagian XIV

Keterangan

Bahagian XV

Pendengaran

Bahagian XVI

Penghakiman dan Perintah

Bahagian XVII

Rayuan

Bahagian XVIII

Penguatkuasaan dan Pelaksanaan

Bahagian XIX

Pembahagian Mengikut Kadar

Bahagian XX

Prosiding Interlokutori dan Perintah Interim

Bahagian XXI

Kuasa Hakim dan Pendaftar

Bahagian XXII

Wang dan Harta di dalam Mahkamah

Bahagian XXIII

Kos, Elaun dan Fi Mahkamah

Bahagian XXIV

Penghinaan Mahkamah

Bahagian XXV

Pelbagai

Schedules