Seksyen 187
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
Seksyen 187
Jika melalui Akta ini sesuatu permohonan semasa apa-apa prosiding, sama ada sebelum atau selepas penghakiman, dibenarkan
Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
97
dibuat kepada Mahkamah secara nyata atau secara tersirat, maka permohonan itu hendaklah dibuat dalam Borang MS 49 dan hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah, didengar di dalam Kamar di hadapan seorang Hakim.
(2)
Tiap-tiap permohonan hendaklah menyatakan jenis perintah yang dipohon secara am dan alasan-alasan bagi permohonan itu.
(3)
Sesuatu permohonan di bawah Bab ini boleh dibuat secara ex parte melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah atau diperuntukkan selainnya dalam Bab ini.