Seksyen 72
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
ActIn forceProvision 72 of 248
Seksyen 72
(1)
Defendan boleh membayar wang ke dalam Mahkamah sebagai penyelesaian tuntutan atau mana-mana bahagian tuntutan itu dan boleh juga membayar ke dalam Mahkamah sejumlah wang berkenaan dengan kos.
Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
(2)
Defendan hendaklah memberikan notis kepada plaintif mengenai pembayaran ke dalam Mahkamah itu dan, jika pembayaran itu kurang daripada amaun yang dituntut, notis itu hendaklah menyatakan berkenaan dengan apa pembayaran itu dibuat.
Pembayaran daripada Mahkamah