Malaysia legislation
Section 143
of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
Seksyen 143
(2)
Sebaik sahaja rekod rayuan itu siap, Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah menyampaikan kepada perayu notis dalam Borang MS 32.
(3)
Atas permintaan perayu dan, jika deposit yang disebut dalam subseksyen 139(7) tidak mencukupi, apabila dibayar oleh perayu sejumlah wang tambahan yang mencukupi untuk membayar kos bagi menyediakan rekod rayuan, Pendaftar hendaklah—
(a)
membekali perayu suatu salinan rekod rayuan dan salinan tambahan yang mencukupi untuk penyampaian kepada responden atau responden-responden; dan
(b)
menghantar kepada Mahkamah yang mendengar rayuan itu salinan-salinan selebihnya rekod itu.
Penggantungan pelaksanaan sementara menanti rayuan