Skip to content

Seksyen 92

Syariah kepada Mahkamah Rendah Syariah

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 92 of 248
Seksyen 92
(1)

Jika melalui suatu perintah Mahkamah Tinggi Syariah mana-mana prosiding diperintahkan supaya dipindahkan kepada Mahkamah

Rendah Syariah, atau sesuatu isu diarahkan supaya dibicarakan di

Mahkamah itu, Pendaftar hendaklah, apabila menerima perintah atau salinan diperakui bagi perintah itu, mencatatkan prosiding itu dalam

Daftar Kes yang berkenaan, dan memberikan notis dalam

Borang MS 17, sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum hari kehadiran, kepada tiap-tiap pihak supaya hadir di hadapan Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa arahan tentang perjalanan lanjut prosiding itu.

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(2)

Tertakluk pada apa-apa arahan yang terkandung dalam perintah

Mahkamah Tinggi Syariah, perbicaraan itu hendaklah diteruskan seolah-olah prosiding itu telah dimulakan di Mahkamah Rendah

Syariah.

Tatacara mengenai pemindahan daripada Mahkamah Rendah