Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian XIII · Penyelesaian, Penarikan Balik dan Pemberhentian
97. Penggantungan
Feedback & supportJika plaintif telah menarik balik mana-mana prosiding di bawah seksyen 95 dan dia bertanggungan membayar kos mana-mana pihak lain dalam tindakan itu, maka jika sebelum kos itu dibayar dia kemudiannya membawa suatu tindakan bagi kausa tindakan yang sama, atau bagi kausa tindakan yang pada matannya sama, Mahkamah boleh memerintahkan supaya prosiding dalam tindakan itu digantung sehingga kos itu dibayar.