Seksyen 184
Menggunakan khidmat Peguam Syarie
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
ActIn forceProvision 184 of 231
Seksyen 184
(1)
Dengan kelulusan Majlis, seorang Peguam Syarie boleh
112 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
dilantik oleh Ketua Pendakwa Syarie untuk menjalankan apa-apa pendakwaan, atau untuk hadir dalam mana-mana rayuan bagi pihak
Ketua Pendakwa Syarie.
(2)
Peguam Syarie yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibayar daripada wang awam apa-apa saraan sebagaimana yang dibenarkan oleh Majlis, dan semasa menjalankan pendakwaan atau rayuan itu Peguam Syarie itu hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam.
DARIHAL JAMINAN