Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VII · Peruntukan Tambahan
203. Kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk memindahkan kes
Feedback & supportApabila ternyata kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah—
bahawa suatu perbicaraan yang adil dan saksama tidak dapat diadakan di mana-mana Mahkamah Rendah
Syariah;
bahawa sesuatu persoalan undang-undang yang luar biasa rumitnya berkemungkinan timbul;
bahawa suatu lawatan ke tempat yang di dalam atau berhampiran dengannya mana-mana kesalahan telah dilakukan mungkin diperlukan supaya perbicaraan yang memuaskan bagi kesalahan itu dijalankan;
bahawa suatu perintah di bawah seksyen ini akan menjaga kemudahan am pihak-pihak atau saksi-saksi; atau
bahawa perintah yang sedemikian adalah suai manfaat bagi mencapai matlamat keadilan, atau adalah dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Akta ini,
Hakim itu boleh mengarahkan—
supaya mana-mana kes jenayah tertentu dipindahkan ke dan dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah; atau
supaya seseorang tertuduh dibicarakan di Mahkamah Rendah
Syariah yang lain.
124 Undang-Undang Malaysia AKTA 560