Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VII · Peruntukan Tambahan
193. Jika orang yang terikat untuk memberikan keterangan berniat untuk meninggalkan Malaysia
Feedback & supportApabila dibuktikan sehingga Hakim berpuas hati bahawa mana-mana saksi yang terikat untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan mana-mana kesalahan boleh tangkap berniat untuk meninggalkan Malaysia dan bahawa matlamat keadilan akan barangkali terjejas jika orang itu tidak hadir pada perbicaraan itu untuk memberikan keterangan, Hakim boleh, atas permohonan Ketua Pendakwa Syarie atau tertuduh dan selepas peruntukan wajar dibuat bagi saraannya dan bagi memampasinya kerana penahanannya dan masanya yang terbuang, memenjarakan orang itu di penjara sivil sehingga perbicaraan atau sehingga dia memberikan jaminan yang memuaskan hati bahawa dia akan memberikan keterangan pada perbicaraan itu.