Skip to content

Seksyen 204

Permohonan untuk mendapatkan pemindahan hendaklah disokong dengan afidavit

of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 204 of 231
Seksyen 204
(1)

Tiap-tiap permohonan bagi penjalanan kuasa yang diberikan oleh seksyen 203 hendaklah dibuat melalui usul yang hendaklah disokong dengan afidavit.

(2)

Tiap-tiap permohonan sedemikian hendaklah dibuat sebelum perbicaraan kesalahan itu berakhir.

(3)

Tiap-tiap orang tertuduh yang membuat apa-apa permohonan sedemikian hendaklah memberi Ketua Pendakwa Syarie notis bertulis mengenai permohonan itu, bersama dengan suatu salinan alasan permohonan itu dibuat, dan tiada perintah boleh dibuat atas merit permohonan itu melainkan jika sekurang-kurangnya dua puluh empat jam telah berlalu antara pemberian notis itu dengan pendengaran permohonan itu.

DARIHAL KETIDAKTERATURAN TATACARA

Tatacara di tempat yang salah, dsb.