Seksyen 196
Rekod keterangan semasa ketidakhadiran tertuduh
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Jika dibuktikan bahawa seseorang tertuduh telah tidak menghadirkan diri sehingga tiada harapan untuk menangkapnya dengan serta-merta, Mahkamah yang kompeten untuk membicarakan orang itu atas kesalahan yang diadukan itu boleh, semasa
Tatacara Jenayah Syariah 119
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
ketakhadirannya, memeriksa saksi-saksi, jika ada, yang dikemukakan bagi pihak pendakwa dan merekodkan deposisi mereka.
(2)
Mana-mana deposisi yang direkodkan di bawah subseksyen (1)
boleh, apabila orang itu ditangkap, diberikan sebagai keterangan terhadapnya pada perbicaraan kesalahan yang baginya dia dipertuduh, jika deponen itu telah mati atau tidak berupaya untuk memberikan keterangan atau kehadirannya tidak dapat diperoleh tanpa apa-apa kelengahan, perbelanjaan atau kesusahan yang dalam hal keadaan kes itu tidaklah munasabah.