Seksyen 188
Bila orang hendaklah dilepaskan
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
ActIn forceProvision 188 of 231
Seksyen 188
(1)
Sebaik sahaja bon itu disempurnakan, orang itu hendaklah dilepaskan dan jika dia berada di dalam penjara, Mahkamah yang membenarkan dia mengikat jamin itu hendaklah mengeluarkan suatu perintah pelepasan kepada pegawai yang menjaga penjara itu, dan pegawai itu, apabila menerima perintah itu, hendaklah melepaskan orang itu.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini atau seksyen 185 boleh disifatkan menghendaki pelepasan mana-mana orang yang boleh ditahan bagi sesuatu perkara selain perkara yang berkenaan dengannya bon itu disempurnakan.