Seksyen 28
Bentuk saman dan penyampaian
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Tiap-tiap saman kehadiran yang dikeluarkan oleh
Mahkamah di bawah Akta ini hendaklah mengikut Borang 2 Jadual
Kedua dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.
(2)
Saman itu hendaklah menyatakan secara am jenis kesalahan yang dipertuduh dan peruntukan dan undang-undang yang di bawahnya ia boleh dihukum.
(3)
Saman itu hendaklah pada lazimnya disampaikan oleh pegawai
Mahkamah tetapi Mahkamah yang mengeluarkan saman itu boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan supaya ia disampaikan oleh mana-mana orang lain.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 560