Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 · Updated to 5 Oct 2024 · Bahagian IX · Prosiding Tatatertib
78. Aduan terhadap Peguam Syarie atau pelatih dalam kamar
Feedback & supportApa-apa aduan mengenai salah laku mana-mana Peguam Syarie atau mana-mana pelatih dalam kamar hendaklah secara bertulis kepada
Lembaga Tatatertib.
Mana-mana mahkamah syariah, Hakim Mahkamah Syariah atau
Pendakwa Syarie boleh pada bila-bila masa merujuk apa-apa aduan terhadap mana-mana Peguam Syarie atau pelatih dalam kamar kepada Lembaga
Tatatertib.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira menghalang Majlis
Peguam Syarie daripada membuat apa-apa aduan atas usulnya sendiri kepada
Lembaga Tatatertib terhadap mana-mana Peguam Syarie atau pelatih dalam kamar.
Semua aduan yang dibuat atau dirujuk kepada Lembaga Tatatertib di bawah seksyen ini hendaklah diuruskan mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.
Profesion Guaman Syarie 67
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)