Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 · Updated to 5 Oct 2024 · Bahagian IX · Prosiding Tatatertib
85. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan prosiding tatatertib
Feedback & supportMajlis Peguam Syarie boleh membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia—
penerimaan aduan atau maklumat yang berhubungan dengan apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Lembaga
Tatatertib;
tatacara bagi penubuhan jawatankuasa lain untuk membantu
Lembaga
Tatatertib dalam menjalankan siasatan yang
Profesion Guaman Syarie 71
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
berhubungan dengan apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Lembaga Tatatertib; dan
tatacara yang berhubungan dengan penjalanan prosiding tatatertib.
Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang berlanggaran dengan kaedah-kaedah sebagai satu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.