Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 · Updated to 5 Oct 2024 · Bahagian IX · Prosiding Tatatertib
79. Aduan terhadap firma
Feedback & supportApa-apa aduan kepada Lembaga Tatatertib terhadap sesebuah firma hendaklah secara bertulis dan aduan itu hendaklah disifatkan telah dibuat—
dalam hal suatu pemunyaan tunggal, terhadap Peguam Syarie yang pada masa yang material merupakan tuan punya tunggal firma itu;
atau
dalam hal suatu perkongsian, terhadap semua Peguam Syarie yang pada masa yang material merupakan rakan kongsi firma itu, melainkan jika firma itu memuaskan hati Lembaga Tatatertib tentang identiti Peguam Syarie dalam firma yang terhadapnya aduan itu telah berbangkit.
Jika pada mana-mana peringkat prosiding Lembaga Tatatertib berpuas hati bahawa suatu aduan yang dibuat terhadap suatu firma hendaklah dibuat terhadap Peguam Syarie yang tertentu, Lembaga Tatatertib hendaklah dengan serta-merta menggantikan nama firma itu dengan nama Peguam Syarie yang berkenaan.
Semua aduan terhadap mana-mana firma hendaklah diuruskan mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.