Skip to content

Seksyen 49

of Akta Tabung Haji 1995

ActIn forceProvision 49 of 59

Seksyen 49

(1)

Tertakluk kepada Akta ini, segala undang-undang bertulis yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga Urusan dan Tabung Haji dan berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa pada dan selepas hari yang ditetapkan dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diperbuat.

(2)

Segala perundangan subsidiari yang dibuat atau disifatkan telah dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, setakat yang selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan, digantikan atau habis tempohnya.

(3)

Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai Akta yang dimansuhkan atau Lembaga Urusan dan

Tabung Haji hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta ini atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan ungkapan yang mengandungi sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.