Skip to content

Seksyen 53

Keberterusan prosiding sivil dan jenayah

of Akta Tabung Haji 1995

ActIn forceProvision 53 of 59
Seksyen 53
(1)

Tertakluk kepada Akta ini, baik pemansuhan Akta yang dimansuhkan mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum atas kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum hari yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan sedemikian.

(2)

Tertakluk kepada Akta ini, mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga Urusan dan Tabung

Undang-Undang Malaysia 40

Haji boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana prosiding itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau orang itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

(3)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas hari yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu boleh dibawa oleh atau terhadap

Lembaga sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga

Urusan dan Tabung Haji seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.