Skip to content

Seksyen 56

Pengesahan perbuatan

of Akta Tabung Haji 1995

ActIn forceProvision 56 of 59
Seksyen 56
(1)

Tiap-tiap perbuatan atau benda yang dilakukan oleh

Lembaga Urusan dan Tabung Haji sebelum hari yang ditetapkan yang akan sah sekiranya telah dilakukan oleh Lembaga di bawah

Akta ini adalah dengan ini disahkan dan diisytiharkan telah dilakukan dengan sah.

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1)—

(a)

tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau berupa sebagai ditubuhkan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji di bawah Akta Syarikat 1965 hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sah dan hendaklah terus wujud seolah-olah ia telah ditubuhkan oleh Lembaga di bawah perenggan 4(3)(d); dan

Tabung Haji 41

(b)

apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji kepada sesuatu syarikat yang disebut dalam perenggan (a) hendaklah disifatkan telah diberikan dengan sah.