Skip to content

Seksyen 57

Keberterusan Pengarah Besar, pegawai dan pekhidmat

of Akta Tabung Haji 1995

ActIn forceProvision 57 of 59
Seksyen 57
(1)

Orang yang menjadi Pengarah Besar Lembaga Urusan dan Tabung Haji sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah pada hari itu—

(a)

menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga seolah-olah dia telah dilantik di bawah seksyen 12 sehingga habis tempoh pelantikannya di bawah Akta yang dimansuhkan, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan oleh Menteri di bawah seksyen itu; dan

(b)

menjadi anggota Lembaga selagi dia terus menjadi Ketua

Pegawai Eksekutif.

(2)

Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah pada hari itu disifatkan diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi Lembaga atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terpakai sebaik sebelum hari yang ditetapkan.