Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2021Read it in English

Bahagian VIII · Kawasan Pemajuan

39. Kuat kuasa perisytiharan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap perisytiharan di bawah seksyen 38 hendaklah berkuat kuasa sebagai suatu perisytiharan pengambilan yang dicadangkan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi semua tanah beri hak milik yang terletak di dalam kawasan yang berhubungan dengan perisytiharan itu dan mana-mana daripada tanah itu boleh, jika pihak berkuasa perancang tempatan itu tidak berjaya merundingkan pembelian tanah itu dengan syarat-syarat yang dapat diterima oleh pihak berkuasa perancang tempatan, diambil dan dibayar mengikut Akta yang tersebut, tetapi tertakluk pada seksyen 40.

(2)

Bagi maksud Akta yang tersebut—

(a)

mana-mana tanah yang dicadangkan hendak diambil menurut Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai diperlukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu;

(b)

pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perbadanan yang mengusahakan suatu kerja bagi kemudahan awam; dan

(c)

tanah itu hendaklah disifatkan sebagai diperlukan bagi maksud yang tersebut dalam perenggan 3(1)(b) Akta itu.

Report

Bahagian IX

Peruntukan Pelbagai