Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian VIII · Kawasan Pemajuan
41. Pihak berkuasa perancang tempatan boleh menggaji ejen, membuat perkiraan, dan menubuhkan perbadanan
Feedback & supportBagi maksud memajukan suatu kawasan pemajuan pada menunaikan kewajipannya di bawah subseksyen 38(2), pihak berkuasa perancang tempatan boleh melantik atau menggaji ejen, atau, dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri, dan tertakluk pada kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 44 dan kepada syarat-syarat dan sekatan yang diluluskan, atau dikehendaki oleh
Menteri Besar atau Ketua Menteri, membuat apa-apa perkiraan bagi pekongsian untung, penyatuan kepentingan, kerjasama, usaha sama, atau konsesi bersaling dengan mana-mana orang, syarikat, atau badan.
94 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
Pihak berkuasa perancang tempatan boleh, dengan kelulusan
Menteri Besar atau Ketua Menteri, dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta Negeri, menubuhkan suatu perbadanan dengan nama yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan, untuk menjalankan dan memegang tanggungjawab, penjalanan, dan pengurusan apa-apa projek, skim, atau perusahaan yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan pada menunaikan kewajipannya di bawah subseksyen 38(2) mengenai memajukan suatu kawasan pemajuan.
Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)
hendaklah membuat peruntukan berkenaan dengan—
maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;
penubuhan perbadanan itu;
kewajipan, kuasa, dan hak perbadanan itu;
sistem pengurusan perbadanan itu;
pembiayaan perbadanan itu;
akaun yang hendak disimpan oleh perbadanan itu dan hal pengauditannya;
hubungan antara perbadanan itu dengan pihak berkuasa perancang tempatan dan hak pengawalannya ke atas perbadanan itu; dan
meterai perbadanan itu.