Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian VIII · Kawasan Pemajuan
44. Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah—
Feedback & support(a)
untuk mengawal selia penjalanan perundingan bagi pembelian tanah dalam suatu kawasan pemajuan dan bagi terma-terma pembelian;
(b)
untuk mengawal selia pembuatan dan syarat-syarat apa-apa perkiraan di bawah subseksyen 41(1);
(c)
untuk memperoleh pelaksanaan yang adil dan saksama seksyen 43; dan
(d)
amnya untuk menjalankan peruntukan Bahagian ini dengan lebih baik.