Skip to content

Seksyen 81

Dalam Bahagian ini—

of Akta Cap Dagangan 2019

ActIn forceProvision 81 of 161
Seksyen 81

(a)

“pegawai diberi kuasa” ertinya—

(i)

seorang pegawai kastam yang hak sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kastam 1967

[Akta 235]; atau 90

Undang-Undang Malaysia

(ii)

mana-mana pegawai awam, atau mana-mana orang dalam penggajian Perbadanan, yang dilantik oleh

Menteri untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan yang diberi dan dikenakan ke atas seseorang pegawai diberi kuasa oleh Bahagian ini;

(b)

“barang-barang dalam transit” ertinya barang-barang yang diimport, sama ada atau tidak didaratkan atau dipindahkan ke pengangkut lain di Malaysia, yang akan dibawa ke suatu negara lain sama ada dengan kenderaan yang sama atau lain;

(c)

“import” ertinya membawa atau menyebabkan dibawa masuk ke dalam Malaysia dengan apa-apa cara;

(d)

“tempoh simpanan”, berhubung dengan barang-barang yang disita, ertinya—

(i)

tempoh yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah seksyen 85 berkenaan dengan barang-barang itu; atau

(ii)

jika tempoh itu telah dilanjutkan di bawah seksyen 85, tempoh yang dilanjutkan itu;

(e)

“cagaran” ertinya apa-apa jumlah wang dalam bentuk tunai atau instrumen kewangan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

(f)

“barang-barang yang disita” ertinya barang-barang yang disita di bawah seksyen 82.