Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XII · Perkara Antarabangsa
78. Lambang kebangsaan, dsb., bagi negara Konvensyen di bawah Perkara 6ter Konvensyen Paris
Feedback & supportCap dagangan yang terdiri daripada atau mengandungi bendera negara Konvensyen tidak boleh didaftarkan tanpa kebenaran pihak berkuasa kompeten negara itu, melainkan jika ternyata kepada Pendaftar bahawa penggunaan bendera itu mengikut cara yang dicadangkan adalah dibenarkan tanpa kebenaran sedemikian.
Cap dagangan yang terdiri daripada atau mengandungi lambang kebangsawanan atau lambang mana-mana negara lain bagi negara Konvensyen yang dilindungi di bawah Konvensyen Paris atau Perjanjian TRIPS tidak akan didaftarkan tanpa kebenaran pihak berkuasa kompeten negara itu.
Cap dagangan yang terdiri daripada atau mengandungi tanda atau cap kempa rasmi yang diterima pakai oleh negara Konvensyen dan menunjukkan kawalan dan waranti tidak boleh, jika tanda atau cap kempa itu dilindungi di bawah Konvensyen Paris atau Perjanjian
TRIPS, didaftarkan dengan sama, atau jenis yang hampir serupa, sebagai yang berhubung dengan yang menunjukkan kawalan dan waranti, tanpa kebenaran pihak berkuasa kompeten negara berkenaan.
Cap Dagangan 87
Sebutan mengenai bendera negara dan lambang negara lain, dan tanda atau cap kempa rasmi di bawah seksyen ini, terpakai sama rata bagi apa-apa yang dari sudut pandangan heraldik meniru mana-mana bendera atau lambang itu, atau tanda atau cap kempa itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini yang menghalang pendaftaran cap dagangan atas permohonan seseorang warganegara suatu negara yang diberi kuasa untuk menggunakan lambang negara, atau tanda atau cap kempa rasmi negara itu, walaupun ia hampir serupa dengan yang di negara lain itu.
Jika menurut seksyen ini, kebenaran pihak berkuasa kompeten negara Konvensyen itu adalah atau akan dikehendaki untuk pendaftaran cap dagangan, pihak berkuasa itu berhak untuk menahan dengan injunksi apa-apa penggunaan cap dagangan di dalam Malaysia tanpa kebenaran mereka.