Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XIII · Langkah-Langkah Sempadan
83. Cagaran
Feedback & supportPendaftar hendaklah, selepas memberikan kelulusannya di bawah seksyen 82, menghendaki pemohon untuk mendepositkan dengan Pendaftar suatu cagaran yang pada pendapat Pendaftar mencukupi untuk—
(a)
membayar ganti kepada Pendaftar bagi apa-apa liabiliti atau perbelanjaan yang mungkin ditanggung disebabkan penyitaan barang-barang yang melanggar itu;
(b)
menghalang penyalahgunaan dan melindungi pengimport; atau
(c)
membayar apa-apa pampasan sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah di bawah Bahagian ini.