Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XIII · Langkah-Langkah Sempadan
84. Penyimpanan selamat barang-barang yang disita
Feedback & support(1)
Barang-barang yang disita hendaklah dibawa ke mana-mana tempat yang selamat sebagaimana yang diarahkan oleh Pendaftar atau sebagaimana yang difikirkan patut oleh pegawai diberi kuasa.
(2)
Jika barang-barang itu disimpan atas arahan pegawai diberi kuasa, pegawai diberi kuasa itu hendaklah memberitahu Pendaftar tentang tempat barang-barang yang disita itu berada.