Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian XII · Perkara Antarabangsa

79. Lambang, dsb., bagi organisasi antara kerajaan antarabangsa tertentu di bawah Perkara 6ter Konvensyen Paris

Feedback & support
(1)

Cap dagangan yang terdiri daripada atau mengandungi apa-apa lambang kebangsawanan, bendera, lambang, singkatan atau nama organisasi antara kerajaan antarabangsa yang satu atau lebih negara Konvensyen ialah anggota dan yang dilindungi di bawah

Konvenyen Paris atau Perjanjian TRIPS tidak akan didaftarkan tanpa kebenaran daripada organisasi antara kerajaan antarabangsa yang berkenaan, melainkan jika ternyata kepada Pendaftar bahawa penggunaan lambang kebangsawanan, bendera, lambang, singkatan atau nama mengikut cara yang dicadangkan—

(a)

akan menunjukkan kepada orang awam bahawa wujud kaitan antara organisasi dengan cap dagangan itu; atau

(b)

berkemungkinan tidak mengelirukan orang awam tentang wujud kaitan antara pengguna dengan organisasi itu.

(2)

Sebutan mengenai lambang kebangsawanan, bendera, lambang, singkatan atau nama organisasi antara kerajaan antarabangsa di bawah seksyen ini, terpakai sama rata dengan apa-apa yang dari sudut pandangan heraldik meniru apa-apa lambang itu.

88

Undang-Undang Malaysia

(3)

Jika di bawah seksyen ini, kebenaran suatu organisasi antara kerajaan antarabangsa hendaklah atau akan dikehendaki bagi pendaftaran cap dagangan, organisasi itu hendaklah berhak untuk menahan dengan injunksi apa-apa penggunaan cap dagangan di dalam Malaysia tanpa kebenarannya.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini menjejaskan hak seseorang yang menggunakan dengan suci hati cap dagangan yang dipersoal sebelum 1 Januari 1989 (apabila peruntukan yang berkaitan dengan Konvensyen Paris mula berkuat kuasa berhubung dengan

Malaysia).

Report

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules