Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian XII · Perkara Antarabangsa

80. Pemberitahuan di bawah Perkara 6ter Konvensyen Paris

Feedback & support
(1)

Bagi maksud seksyen 78, lambang negara bagi negara

Konvensyen, selain bendera negara, dan tanda atau cap kempa rasmi, hendaklah dikira sebagai dilindungi di bawah Konvensyen

Paris atau Perjanjian TRIPS hanya jika, atau setakat yang—

(a)

negara yang dipersoal itu telah memberitahu Malaysia mengikut Perkara 6ter(3) Konvensyen Paris, atau di bawah Perkara itu sebagaimana yang terpakai oleh

Perjanjian TRIPS, bahawa ia berhasrat untuk melindungi lambang, tanda atau cap kempa itu;

(b)

pemberitahuan itu masih berkuat kuasa; dan

(c)

Malaysia tidak membantah mengenainya mengikut

Perkara 6ter(4) Konvensyen Paris atau di bawah Perkara itu sebagaimana yang terpakai oleh Perjanjian TRIPS, atau apa-apa bantahan itu telah ditarik balik.

(2)

Bagi maksud seksyen 79, lambang kebangsawanan, bendera, lambang, singkatan dan nama organisasi antara kerajaan antarabangsa hendaklah dikira sebagai dilindungi di bawah Konvensyen Paris atau di bawah Perkara itu sebagaimana yang terpakai oleh Perjanjian

TRIPS hanya jika, atau setakat yang—

(a)

organisasi yang dipersoal telah memberitahu Malaysia mengikut Perkara 6ter(3) Konvensyen Paris atau di bawah Perkara yang terpakai oleh Perjanjian TRIPS, bahawa ia berhasrat untuk melindungi lambang kebangsawanan, bendera, lambang, singkatan atau

Cap Dagangan 89

nama itu;

(b)

pemberitahuan itu masih berkuat kuasa; dan

(c)

Malaysia tidak membantah mengenainya mengikut

Perkara 6ter(4) Konvensyen Paris atau di bawah Perkara itu sebagaimana yang terpakai oleh Perjanjian TRIPS, atau apa-apa bantahan itu telah ditarik balik.

(3)

Pemberitahuan di bawah Perkara 6ter(3) Konvensyen

Paris atau di bawah Perkara itu sebagaimana yang terpakai oleh

Perjanjian TRIPS, hendaklah berkuat kuasa hanya berhubung dengan permohonan untuk pendaftaran cap dagangan di bawah subseksyen 17(2) dibuat lebih daripada dua bulan selepas penerimaan pemberitahuan.

(4)

Pendaftar hendaklah menyimpan dan menyediakan kepada orang awam bagi pemeriksaan, pada setiap masa yang munasabah dan dengan tidak dikenakan apa-apa bayaran, suatu senarai—

(a)

lambang negara dan tanda atau cap kempa rasmi; dan

(b)

lambang kebangsawanan, bendera, lambang, singkatan dan nama organisasi antara kerajaan antarabangsa, yang pada masa ini dilindungi di bawah Konvensyen Paris atau di bawah Perkara itu sebagaimana yang terpakai oleh Perjanjian

TRIPS melalui pemberitahuan yang dibuat di bawah Perkara 6ter(3) Konvensyen Paris atau di bawah Perkara itu sebagaimana yang terpakai oleh Perjanjian TRIPS.

Report

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules