Seksyen 67
Kesan perintah Mahkamah
Seseorang pemegang amanah, wasi atau pentadbir yang bertindak di bawah sesuatu perintah atau arahan yang dibuat atau diberi oleh Mahkamah di bawah Perintah 55, kaedah 3(1) *Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1957 hendaklah disifatkan, setakat yang berkenaan dengan tanggungjawabnya sendiri, sebagai telah melaksanakan tugasnya sebagai pemegang amanah, wasi atau pentadbir itu mengenai hal-perkara permohonan itu melainkan jika dia telah didapati bersalah kerana fraud atau bersengaja menyembunyikan atau membuat salah nyataan berhubungan dengan mendapatkan perintah atau arahan itu.
*CATATAN—Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1957 [L.N. 321/57] telah dimansuhkan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980]-lihat Perintah 93 P.U (A) 50/1980. Sekarang Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980] dimansuhkan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
lihat Perintah 94 kaedah 1 P.U.
205/2012.
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
(2)
Seksyen ini terpakai bagi amanah, pewasian atau hal tadbir yang diwujud atau ditubuhkan sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini.