Seksyen 69
Pemansuhan
Ordinan dan Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual adalah dengan ini dimansuhkan:
Dengan syarat bahawa─
(a)
tiada apa-apa jua dalam pemansuhan ini akan menjejaskan apa-apa perintah meletak hak atau lantikan yang dibuat atau perkara lain yang dilakukan di bawah Ordinan atau
Enakmen yang dimansuhkan itu, dan apa-apa perintah atau lantikan yang dibuat demikian boleh dibatalkan atau diubah dengan cara yang sama seolah-olah ianya telah dibuat di bawah Akta ini.
(b)
sebutan dalam mana-mana dokumen pada Ordinan atau mana-mana Enakmen yang dimansuhkan demikian atau mengenai mana-mana peruntukannya hendaklah diertikan sebagai sebutan mengenai Akta ini atau mengenai peruntukan Akta ini yang bersamaan, mengikut mana yang berkenaan.
Pemegang Amanah 77