Seksyen 68
Pengesahan kuasa tertentu pemegang amanah
ActIn forceProvision 68 of 69
Seksyen 68
Pemansuhan, oleh Parlimen United Kingdom, peruntukan tertentu Akta Pemegang Amanah 1925 bagi United Kingdom hendaklah disifatkan sebagai tidak menjejaskan kuasa pemegang amanah di bawah perenggan 4(i) (sebagaimana perenggan itu wujud sebelum seksyen 4 tersebut dipinda oleh Akta Pelaburan Pemegang
Amanah 1965 [Akta 36 tahun 1965], dan di bawah perenggan mana seseorang pemegang amanah, sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, telah diberi kuasa melabur dalam mana-mana pelaburan yang dibenarkan bagi pelaburan wang amanah oleh Akta Tahun 1925 itu).