Skip to content
In forceAs enacted

Bahagian V

33. Section 33

Feedback & support
(1)

Sescorang yang tidak didaftarkan atau tidak dike-cualikan daripada pendaftaran di bawah Akta ini yang—

(a)

bersengaja dan dengan palsu berpura-pura sebagai didaftarkan di bawah Akta ini atau sebagai berkelulusan menjalankan amalan perubatan veterinar;

(b)

bersengaja dan dengan palsu memakai atau menggunakan nama atau taitel veterinar, pengamal veterinar, doktor veterinar, doktor perubatan veterinar, sarjana muda sains veterinar, sarjana muda doktor veterinar;

(c)

bersengaja dan dengan palsu memakai atau menggunakan sesuatu nama, taitel, tambahan atau perihal yang memberi faham bahawa ia adalah didaftarkan di bawah Akta ini, atau bahawa ia adalah diiktiraf di sisi undang-undang sebagai seorang doktor veterinar atau bahawa ia adalah berkelulusan untuk mengubat atau merawat penyakit-penyakit haiwan samada dengan perubatan veterinar atau dengan apa-apa cara lain dari apa-apa jua jenis atau perihal;

(d)

bersengaja dan dengan palsu memakai atau menggunakan sesuatu nama, taitel, tambahan atau perihal, atau menggunakan sesuatu alat, yang dikira akan mendorong seseorang mempercayai bahawa ia adalah berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar;

(e)

menjalankan amalan perubatan veterinar;

(f)

menggunakan perkataan "klinik veterinar" atau "dispensari veterinar" atau "hospital veterinar" atau sesuatu perkataan yang bersamaan dengan perkataan itu dalam apa-apa bahasa lain pada papan tanda di tempat amalannya sebagai berupa menjalankan amalan perubatan veterinar sebagai seorang yang didaftarkan di bawah Akta ini; atau

(g)

menggunakan sesuatu simbol yang direkabentuk oleh Majlis untuk kegunaan doktor-doktor veterinar berdaftar sahaja, adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(2)

Bagi maksud seksyen-kecil (1)—

(a)

pemakaian atau penggunaan oleh seseorang akan perkataan "veterinar" atau "pengamal veterinar" atau "doktor veterinar" atau "doktor perubatan veterinar" atau "sarjana muda sains veterinar" atau "sarjana muda doktor veterinar" atau "klinik veterinar" atau "dispensari veterinar" atau "hospital veterinar" atau sesuatu perkataan yang bersamaan dengan perkataan itu dalam apa-apa bahasa lain berhubung dengan amalan perubatan veterinar hendaklah disifatkan, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, sebagai pemakaian atau penggunaan akan sesuatu nama, taitel, tambahan atau perihal yang dikira akan mendorong seseorang mempercayai bahawa ia adalah berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar;

(b)

penggunaan oleh seseorang dalam amalan perubatan veterinar akan apa-apa alat atau bahan yang digunakan khusus oleh orang-orang yang berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar hendaklah disifatkan, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, sebagai penggunaan akan sesuatu alat yang dikira akan mendorong seseorang mempercayai bahawa ia adalah berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar; dan

(c)

jika seseorang, lain daripada seorang doktor veterinar berdaftar atau seorang peniaga perkakas-perkakas dan alat-alat veterinar, ada dalam miliknya mana-mana satu atau lebih daripada alat-alat dan perkakas-perkakas yang biasanya digunakan dalam amalan perubatan veterinar, ia hendaklah disifatkan, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, sebagai bersengaja dan dengan palsu berpura-pura didaftarkan di bawah Akta ini dan sebagai berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar.

Report

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan

Bahagian VII

Peruntukan-Peruntukan Tambahan bagi Maksud-Maksud Negara

Schedules