Tindakan bagi menjalankan pendakwaan atas sesuatu kesalahan terhadap Akta ini boleh diambil oleh—
Yang Dipertua atau seseorang pegawai yang dilantik olehnya atau oleh Majlis bagi maksud itu secara bertulis;
pegawai yang bertanggungjawab atas pentadbiran perkhidmatan-perkhidmatan veterinar dalam sesuatu Negeri atau seseorang pegawai yang dilantik olehnya bagi maksud itu secara bertulis; atau
pihakberkuasa yang disebutkan dalam perenggan (c) seksyen-kecil (1) seksyen 28 atau seseorang pegawai yang dinamakan oleh pihakberkuasa itu bagi maksud itu dengan bertulis.
Berkenaan dengan sesuatu kesalahan terhadap seksyen 33, mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran sesiapa jua yang, bukan sebagai seorang doktor veterinar berdaftar, menjalankan amalan atau dipercayai menjalankan amalan perubatan veterinar di manamana jalan atau tempat awam.