Skip to content
In forceAs enacted

Bahagian V

37. Section 37

Feedback & support

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh berkuatkuasa melarang:

(a)

pelatihan pelajar-pelajar veterinar dalam amalan perubatan veterinar di bawah penyeliaan seorang doktor veterinar berdaftar di sesuatu hospital veterinar, klinik veterinar, atau sekolah veterinar yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud itu;

(b)

pemunya seekor binatang dan pekerja tetap penuh masa pemunya itu daripada memelihara atau merawat binatang-binatang kepunyaan pemunya itu melainkan jika pemunyaan binatang itu telah dipindahmilikkan bagi maksud mengelakkan Akta ini;

(c)

mana-mana orang yang menjalankan penyelidikan saintifik bona fide yang menasabah memerlukan pengeksperimanan yang melibatkan binatang-bina-tang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang sebaliknya adalah dilarang atau disekat oleh Akta ini atau oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;

(d)

seseorang pekerja kerajaan daripada menjalankan kewajipan-kewajipan jawatannya;

(e)

seseorang daripada memberi nasihat mengenai perbuatan-perbuatan atau daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang telah ditetapkan oleh Majlis sebagai amalan pengurusan ternakan yang diterima;

(f)

sesiapa jua yang diluluskan oleh Majlis daripada menjalankan pemanian beradas.

Report

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan

Bahagian VII

Peruntukan-Peruntukan Tambahan bagi Maksud-Maksud Negara

Schedules