Skip to content

Seksyen 10

Kuasa Inspektor

of Akta Hari Kelepasan Mingguan 1950

ActIn forceProvision 10 of 14
Seksyen 10
(1)

Tertakluk kepada mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini oleh Menteri, seseorang Inspektor boleh pada

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 220

bila-bila masa yang munasabah dalam had kawasan tempatan yang dia dilantik–

(a)

memasuki dan berada dalam mana-mana kedai, panggung atau restoran yang Akta ini terpakai dan dalam mana-mana kuarter, rumah atau tempat tinggal lain di mana orang yang diambil kerja dalam premis tersebut tinggal atau bermalam;

(b)

membuat apa-apa pemeriksaan terhadap mana-mana kedai, restoran, panggung, kuarter, rumah atau tempat tinggal lain dan apa-apa rekod, daftar atau notis yang disenggara di dalamnya, menurut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah subseksyen 14(2), dan mengambil dengan serta-merta atau dengan cara lain keterangan mana-mana orang yang dianggap perlu bagi menjalankan maksud

Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang ada dalam jagaannya apa-apa rekod, daftar atau notis yang disenggara menurut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah subseksyen 14(2) adalah terikat untuk mengemukakan rekod, daftar atau notis itu apabila dikendaki oleh Inspektor, tetapi tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menjawab apa-apa soalan jika jawapan itu boleh secara langsung atau tidak langsung melibatkan dirinya.

Penalti