Skip to content

Seksyen 6

Hari kelepasan mingguan bagi kedai, restoran dan panggung

of Akta Hari Kelepasan Mingguan 1950

ActIn forceProvision 6 of 14
Seksyen 6

(1)

Tiap-tiap orang yang diambil kerja dalam mana-mana kedai, restoran atau panggung selain kedai tanpa pembantu, dalam kelas kedai yang disebut dalam Jadual, atau dalam mana-mana restoran atau panggung hendaklah diberi kelepasan sehari penuh dalam setiap minggu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa dalam seksyen ini terpakai bagi mana-mana yang bekerja kurang daripada enam hari dan kurang

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 220

daripada empat puluh jam seminggu, orang itu dianggap telah bekerja pada mana-mana hari yang dia telah bekerja bagi sejumlah masa yang tidak kurang daripada empat jam.

(2)

Ketua Pengarah boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengecualikan mana-mana kelas tertentu pekerja daripada pemakaian subseksyen (1).