Seksyen 11
Jika berlaku apa-apa–
of Akta Hari Kelepasan Mingguan 1950
(a)
pelanggaran terhadap seksyen 3, 5, 6, 7 atau 8 atau apa-apa kehendak yang dibuat dengan sewajarnya di bawahnya;
(b)
pelanggaran mana-mana kaedah yang dibuat di bawah perenggan 14(2) (a) atau 14(2) (c); atau
(c)
kemungkiran syarat yang dikemukakan di bawah seksyen 4, tuan punya dan pengurus tempat berkenaan dengan pelanggaran atau kemungkiran yang berlaku, boleh, apabila disabitkan, didenda bagi
Hari Kelepasan Mingguan 13
kesalahan pertama, tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit, bagi kesalahan kedua, tidak melebihi lima ratus ringgit dan kesalahan ketiga atau berikutnya, tidak melebihi satu ribu ringgit.