Seksyen 7
Kedai ditutup pada lima hari tambahan tiap-tiap tahun
of Akta Hari Kelepasan Mingguan 1950
(1)
Sebagai tambahan kepada hari kelepasan lain yang ditetapkan oleh Akta ini, tiap-tiap kedai, selain kedai tanpa pembantu atau kedai yang termasuk dalam mana-mana kelas kedai yang disebut dalam Jadual, hendaklah ditutup sama sekali selama tidak kurang daripada lima hari tiap-tiap tahun yang akan dipilih oleh tuan punya atau pengurus dan tiap-tiap orang yang diambil kerja dalam mana-mana kedai itu akan diberi kelepasan sepenuhnya pada setiap hari itu.
(2)
Tuan punya atau pengurus hendaklah menyatakan dalam notis, mengikut bentuk yang ditetapkan, hari yang dipilih mengikut subseksyen (1) dan hendaklah mempamerkan notis itu secara kekal di tempat yang mudah dilihat dalam kedai itu.
(3)
Sebagai tambahan kepada hari kelepasan yang dikehendaki diberi mengikut subseksyen 6(1) tiap-tiap orang yang diambil kerja dalam kedai daripada kelas yang disebut dalam Jadual atau dalam mana-mana restoran atau panggung hendaklah diberi hari kelepasan sepenuhnya pada lima hari lain dalam setiap tahun yang dipilih oleh tuan punya atau pengurus.
(4)
Jika dalam mana-mana tahun, mana-mana hari yang telah dipilih oleh tuan punya atau pengurus menurut subseksyen (1) ialah hari yang kedainya dikehendaki ditutup sama sekali di bawah seksyen 3, hari yang berikutnya yang kedai itu sepatutnya dibuka, hendaklah dianggap sebagai hari yang dipilih menurut subseksyen (1) dan kedai itu hendaklah ditutup sama sekali pada hari tersebut.
Hari Kelepasan Mingguan 11