Skip to content

Seksyen 3

Penutupan kedai

of Akta Hari Kelepasan Mingguan 1950

ActIn forceProvision 3 of 14
Seksyen 3

(1)

Tiap-tiap kedai yang tidak termasuk dalam mana-mana kelas kedai yang disebut dalam Jadual hendaklah ditutup sama sekali sama ada pada hari Jumaat atau hari Ahad dalam setiap minggu, sebagaimana yang dipilih oleh tuan punya atau pengurus, dan tiap-tiap orang yang diambil kerja di kedai itu hendaklah diberi kelepasan sepenuhnya pada hari tersebut:

Dengan syarat bahawa–

(a)

kedai tanpa pembantu boleh dibuka pada kedua-dua hari Jumaat dan hari Ahad dalam setiap minggu dengan syarat bahawa sama ada pada hari Jumaat atau hari Ahad dalam setiap minggu hanya tuan punya yang melayan pelanggan;

(b)

Ketua Pengarah boleh, atas permohonan yang dibuat kepadanya bagi maksud itu, mengikut cara yang ditetapkan oleh tuan punya atau pengurus mana-mana kedai, memberi kebenaran bertulis untuk mengambil hari lain dalam mana-mana minggu tertentu bagi menggantikan hari yang telah dipilih oleh tuan punya atau pengurus tersebut, dan subseksyen ini hendaklah terpakai sewajarnya pada hari tersebut dan bukan pada hari yang telah dipilih dalam minggu itu; dan 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 220

(c)

Ketua Pengarah boleh, atas permohonan yang dibuat kepadanya oleh tuan punya atau pengurus, memberi kebenaran bertulis bahawa dalam mana-mana minggu yang tertentu suatu pekerjaan yang ditentukan akan dibuat di dalam mana-mana kedai pada hari yang mana menurut subseksyen ini kedai itu sepatutnya ditutup sama sekali;

dan Ketua Pengarah hendaklah, jika dia memberi kebenaran bertulis itu, menentukan hari dalam minggu yang tertentu itu atau di dalam minggu berikutnya supaya semua orang yang membuat kerja yang ditentukan itu diberi hari kelepasan penuh sebagai ganti hari kelepasan yang sepatutnya diberikan kepada mereka di bawah subseksyen ini.

(2)

Tuan punya atau pengurus hendaklah menyatakan dalam notis, mengikut bentuk yang ditetapkan, hari dalam setiap minggu yang sesebuah kedai ditutup menurut subseksyen (1) dan hendaklah mempamerkan notis itu secara kekal di tempat yang mudah dilihat dalam kedai itu.

(3)

Hari yang dipilih oleh tuan punya atau pengurus mengikut subseksyen (1) tidak boleh diubah oleh tuan punya atau pengurus lebih kerap daripada sekali dalam enam bulan.

(4)

Tuan punya kedai tanpa pembantu hendaklah menyatakan dalam notis sebagaimana yang ditetapkan hari dalam setiap minggu yang hanya dia yang akan melayan pelanggan sebagaimana yang diperuntukkan dalam proviso perenggan (1)(a) dan hendaklah mempamerkan notis itu secara kekal di tempat yang mudah dilihat dalam kedai tanpa pembantu tersebut.

(5)

Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta menambah, mengubah, atau meminda Jadual.