9. Pentadbiran Akta
Feedback & supportKetua
Pengarah hendaklah menjadi pegawai yang bertanggungjawab bagi pentadbiran am Akta ini.
Ketua Pengarah boleh sama ada secara am atau khusus mengarah mana-mana Pengarah Tenaga Kerja Negeri atau Penolong
Pengarah Tenaga Kerja Negeri atau, dengan persetujuan Menteri, mana-mana pegawai awam lain menggunakan, melaksanakan atau menjalankan apa-apa kuasa, tugas atau fungsi Ketua Pengarah di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.
Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, melantik seseorang sebagai Inspektor bagi maksud Akta ini dalam had kawasan tempatan sebagaimana ditetapkan olehnya.
Tiap-tiap Inspektor yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun
Keseksaan [Akta 574].
Ketua Pengarah dan mana-mana Pengarah Tenaga Kerja
Negeri atau Penolong Pengarah Tenaga Kerja Negeri boleh menggunakan mana-mana atau kesemua kuasa Inspektor.