Seksyen 2
Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–
of Akta Hari Kelepasan Mingguan 1950
“hari” ertinya suatu tempoh selama dua puluh empat jam bermula dari tengah malam;
“kedai” ertinya semua premis yang saling berhubung secara langsung atau tempat-tempat berhampiran yang digunakan oleh mana-mana orang bagi–
(a)
mempamerkan barang-barang untuk jualan sebagai sebahagian daripada mana-mana perniagaan terkawal yang dijalankan olehnya;
(b)
penyimpanan, penyediaan, pemprosesan atau pengilangan barang-barang, sebahagian atau kesemua daripadanya
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 220
yang biasa dijual dalam urusan mana-mana perniagaan terkawal yang dijalankan olehnya; atau
(c)
apa-apa maksud lain perniagaan terkawal yang dijalankan olehnya, atau, jika hanya sebahagian daripada mana-mana premis atau tempat digunakan sedemikian, bererti bahagian itu:
Dengan syarat bahawa istilah “kedai” tidaklah termasuk restoran atau mana-mana bazar bagi maksud khairat atau awam, atau mana-mana bilik atau bengkel berasingan yang digunakan secara eksklusif bagi penyimpanan, penyediaan, pemprosesan atau pengilangan barang-barang dari jenis yang biasanya dijual dalam kuantiti yang besar selain sebagai sebahagian daripada perniagaan perniagaan terkawal;
“kedai tanpa pembantu” ertinya mana-mana kedai yang perniagaan terkawal dijalankan oleh tuan punya tunggal tanpa pembantu selain suami, isteri atau seorang daripada anak-anak tuan punya itu;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Tenaga Kerja;
“minggu” ertinya suatu tempoh antara tengah malam mana-mana malam hari Sabtu dan tengah malam malam hari Sabtu yang berikutnya;
“panggung” termasuklah mana-mana premis yang terutamanya atau keseluruhannya dimaksudkan untuk menunjukkan gambar bergerak, persembahan drama atau hiburan pentas atau untuk kegunaan sebagai dewan tari-menari;
“pengurus” ertinya mana-mana orang yang dilantik untuk menjaga atau mengurus suatu kedai, panggung atau restoran;
“perniagaan terkawal” ertinya mana-mana satu atau lebih daripada tred atau perniagaan yang berikut, iaitu mana-mana tred atau perniagaan runcit (termasuk jualan runcit dengan cara lelong tetapi tidak termasuk jualan program dan katalog serta jualan lain yang serupa di panggung dan tempat hiburan), jualan di bawah lesen likuor yang memabukkan, perniagaan broker gadaian, tukang gunting rambut, pendandan rambut, tukang jahit, tukang dobi, tukang cuci kering, tukang celup dan mana-mana perniagaan borong yang
Hari Kelepasan Mingguan 7
diisytiharkan oleh Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, menjadi perniagaan terkawal bagi maksud Akta ini;
“restoran” ertinya sesuatu premis yang menjalankan perniagaan utama atau keseluruhannya untuk membekalkan makanan atau minuman kepada orang ramai atau satu kelas daripada mereka untuk dimakan atau diminum di premis itu;
“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan;
“tuan punya” ertinya pemunya perniagaan terkawal dalam mana-mana kedai atau pemegang lesen mana-mana panggung atau restoran.