Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bab 1
10. Kehendak bagi permit
Feedback & support(1)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiada seorang pun boleh —
(a)
mengendalikan zoo;
(b)
mengendalikan pembiakbakaan dalam kurungan komersial
(c)
mengendalikan sarkas atau pameran hidupan liar;
(d)
menjalankan penyelidikan atau kajian ke atas mana-mana hidupan liar yang dilindungi, melainkan jika dia memegang suatu permit yang diberikan di bawah
Akta ini.
(2)
Jika pengendalian zoo, pembiakbakaan dalam kurungan komersial, sarkas atau pameran hidupan liar melibatkan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya, orang itu hendaklah memperoleh permit khas menurut seksyen 11 berkenaan dengan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya itu.