Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bab 1
11. Kehendak bagi permit khas
Feedback & supportTertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiada seorang pun boleh —
memburu atau menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau mengambil atau menyimpan mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya;
mengimport, mengeksport atau mengeksport semula mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya;
memburu mana-mana hidupan liar yang dilindungi semasa musim tutup;
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 716
menjalankan penyelidikan atau kajian ke atas mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya;
menggunakan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya bagi pengendalian zoo, sarkas atau pameran hidupan liarnya atau pembiakbakaan dalam kurungan komersial, melainkan jika dia memegang suatu permit khas yang diberikan di bawah Akta ini.