Pegawai pelesen tidak boleh memberikan permit untuk mengendalikan zoo, pembiakbakaan dalam kurungan komersial, sarkas atau pameran hidupan liar, melainkan jika dia berpuas hati bahawa —
penubuhan atau penerusan penubuhan zoo, pembiakbakaan dalam kurungan komersial, sarkas atau pameran hidupan liar tidak akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan atau keselamatan mana-mana orang atau komuniti di kawasan sekeliling;
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 716
suatu pelan kecemasan yang berhubungan dengan wabak, bencana alam dan pembebasan tidak sengaja mana-mana hidupan liar telah disediakan; dan
orang itu tidak pernah sebelum ini disabitkan dengan kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain berhubungan dengan kezaliman terhadap haiwan.